KATA-KATA ALLAH (KALAMULLAH)

Saturday 20 April 2013

ULAMA DUNIA ZAMAN INI



1 Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi Mesir (lahir)Skrg di Qatar BA – UsuluddinMA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 )*Pakar Fatwa ‘Am.*Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah. * Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar . * Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926


2 Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar) Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929

3 Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, thn 1963 ). Ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932



4 Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE

5 Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.

6 Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.



7 Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)

8 Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)

9 Syeikh Dr Fathi Yakan Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat

10 Prof. Dr. Nazih Hammad Syria Saudi. Skrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm Qura Pakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia


11 Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman Saudi Univ. Ummul QuraPakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh


12 Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid Saudi Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia

13 Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki Saudi Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.

14 Syeikh Sodiq Al-Habannakah Syria Adik Syeikh Hasan Habannakah.Pakar bidang Fiqh dan Lughah

15 Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni Mesir Fiqh dan Usul Fiqh

16 Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan Mesir Fiqh Muqaran

17 Prof. Dr Muhammad al-Baltaji Mesir Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh.

18 Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr Mesir Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa ‘Am

19 Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni Syria, Jordan PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh &Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an

20 Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas Jordan PhD Tafsir Al-Azhar thn 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk

21 Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi Jordan PhD tafsir thn 84, Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran

22 Syeikh Ibrahim al-‘Ali Jordan Pakar Hadith dan Sirah

23 Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim Jordan PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk

24 Prof. Dr Rafiq Al-Masri Syria Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional

25 Prof. Dr Kurshid Ahmad Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

26 Prof. Dr Umar Chapra Dulu UK Ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

27 Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam

29 Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran

30 Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan Iraq, Skrg di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am

31 Prof. Dr Sodiq Dharir Sudan Univ. Al-Kharthoum SudanAhli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .

32 Prof. Dr Ali Ahmad Salus MesirQatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat

33 Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili Kuwait Ahli Majma’ Fiqh

34 Prof Dr Ali Ahmad Salus Qatar Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat

35 Prof Dr Haron Din Malaysia Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam

36 Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di Iraq, Jordan Phd Ummul Qura dgn First Class.Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mu’tah, Jordan

37 As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim Malaysia Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.

38 Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin Jordan Punyai 2 MA iaitu Fiqh & Undang2, PhD Fiqh (al-Azhar) thn 72 Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan skrg. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari.

39 Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar Jordan PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir . Fatwa ‘Am.Terkenal di Jordan.

RIWAYAT HIDUP IMAM HANAFI DAN SUMBANGANNNYA



Riwayat Hidup
1.       Nama sebenar beliau ialah Nukman  bin Thabit bin Zuti berasal dari keturunan Farsi dan datuknya berasal dari Kabul, Afghanistan.
2.       Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah/699 Masihi di Bandar Kufah, Iraq semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, kerajaan Umaiyah.
3.       Gelaran Abu Hanifah diberikan kemungkinan kerana beliau
a.       Mempunyai seorang anak lelaki bernama Hanifah. Oleh itu Abu Hanifah ialah bapa kepada Hanifah atau,
b.       Rahin beribadat dan berminat dengan agama yang bermaksud hanif atau,
c.        Suka membawa tempat dakwat, bahasa Iraq disebut “Hanifah”.
4.       Beliau sangat berminat belajar dan bekerja seperti meniaga kain, batu ubin, dan sebagainya.
5.       Wafat pada tahun 150 Hijrah/767 Masihi dalam penjara Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, kerajaan Abbasiyah.
6.       Beliau sempat hidup dalam dua kerajaan islam, iaitu kerajaan Umaiyah dan kerajaan Abbasiyah.
7.       Meninggalkan benyak jasa kepada umat islam kerana mempunyai pengikut yang ramai dalam bidang fiqh serta menjadi pegangan mazhab yang besar dan diiktiraf oleh semua umat Islam.
Pendidikan
1.       Pernah belajar dengan ramai para sahabat nabi seperti Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Qafi, Wailah bin al-Asqa’, Abu Tufil, Sahal bin Abi Saad, dan lain-lain lagi.
2.       Begitu juga beliau belajar dengan ramai para tabiin dan ulama terkenal pada masa itu. Dinyatakan beliau pernah belajar dengan seramai 200 orang ulama besar terdiri daripada para sahabat, tabiin, dan sebagainya.
3.       Guru yang paling lama beliau belajar ialah dengan al-Imam Hamad bin Sulaiman sehingga wafat gurunya itu pada tahun 120 Hijrah. Beliau menamakan anaknya dengan nama Hamad menunjukkan beliau sangat kasihkan kepada gurunya itu.
4.       Barbagai-bagai bidang ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu al-Quran dan hadis, keduan-duanya dihafaz dengan baik.
5.       Beliau juga mempelajari ilmu sastera serta mahir dalam ilmu usulluddin (aqidah) dan alim dalam ilmu fiqh sehingga beliau menjadi seorang mujtahid.
Sifat peribadi dan kecerdikannya
1.       Imam Hanifah seorang yang berilmu pengetahuan tinggi
2.       Beliau mempunyai jiwa yang bersih dan ikhlas serta tidak mempunyai sifat  yang bermuka-muka
3.       Beliau tidak langsung mempunyai sifat tamak dan mementingkan diri, sentiasa mencari keredhaan Allah dalam sesuatu perkara.
4.        Bercakap dengan lemah lembut, manis bahasanya, mudah difahami oleh semua peringkat.
5.       Kata-kata yang diberikan adalah nasihat ikhlas serta kata-kata hikmah yang tinggi nilainya. Malah beliau tidak suka banyak bercakap, kurang berbual kosong, pendiam, semasa berehat suka bersendirian dan berfikir.
6.       Beliau tidak bakhil, malah seorang yang tidak berbangga dengan kekayaan keluarga yang dimilikinya, dan tidak berasa kehinaan hidup dalam kemiskinan
7.       Beliau seorang penyabar, tenang serta berani menghadapi sesuatu masalah. Mempunyai sifat-sifat terpuji semasa pergaulan seperti amanah, berpegang teguh kepada janji, terutamanya semasa berniaga.
8.       Kekayaan dan keuntungan dari perniagaannya, selalunya setiap tahun dihadiahkan kepada orang tua, orang miskin, ulama, terutamanya ulama hadis dan guru-gurunya sendiri.
9.       Beliau selalu memanggil dan menyebut seseorang dengan nama-nama baik.
10.    Dari sudut keagamaan pula, beliau sangat kuat beribadat, berpuasa pada siang hari dan berjaga pada malamnya. Dikatakan beliau solat subuh dengan menggunakan wuduk solat Isyak hampir empat puluh tahun.
11.    Bertaqwa kepada Allah SWT serta berani menegakkan kebenaran. Beliau sentiasa menjauhkan diri dari orang-orang yang mewah dan kemewahan.
12.    Setiap persoalan agama yang dikemukakan, mana-mana yang diketahuinya sudah pasti akan dijawab dengan jelas sehingga memuaskan hati bagi yang bertanya.
13.     Beliau juga selalu mengucapkan : Wahai Tuhanku hidayahkanlah kaumku kerana meraka tidak tahu, apabila berdepan dengan orang yang suka hasad, dengki dan fitnah.
14.    Beliau sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk kaum muslimin dan keredhaan Allah dan rasul-Nya.
15.    Beliau pernah menolak darjat dan pangkat kerana takut terikat dengan kedudukan itu. Ketegasan beliau dengan kebenaran menjadikan ramai yang suka kepadanya dan ada juga yang benci kepadanya bagi meraka yang suka berpura-pura.
16.    Abu hanifah seorang ulama yang sangat pintar sebagaimana pengakuan yang diberikan oleh Imam syafie dan Imam Malik
Pengakuan dan kenyataan yang diberikan :
Imam Syafie
Tidak mungkin ada perempuan yang dapat melahirkan anak yang lebih cerdik dan cerdas otaknya daripada Abu Hanifah.
Umat islam seluruhnya yang mahir tentang ilmu fiqh adalah keluarga dan anak buah Imam Abu Hanifah.
               
Imam Malik
          Aku pernah bertemu dia, dia seorang lelaki yang bijak. Jikalau ia berkata tiang ini boleh dijadikan emas, nescaya ia dapat memberikan alasannya kerana kebijaksanaannya bercakap.
               
Pengalaman dan Penderitaan
1.       Beliau sempat hidup semasa khalifah Marwan bin Mohammad, iaitu kerajaan terakhir umaiyah dan Khalifah al-Abbas dan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur bagi kerajaan Abbasiyah.
2.       Gabenor Yazid pernah menawarkan jawatan Menteri Kewangan tetapi Imam Abu Hanifah menolak menyebabkan beliau dipenjarakan selama dua minggu.
3.       Beliau juga pernah menolak perlantikan hakim di Bandar Kufah menyebabkan beliau dirotan sebanyak 110 kali. Semasa keluar dari penjara dan masih ada kesan di rotan, beliau berkata rotan ini lebih baik baginya daripada dikenakan cemeti Allah di akhirat nanti.
4.       Khalifah Abu Jaafar pernah juga menawarkan beliau sebagai hakim, tetapi masih menolaknya lalu dipenjarakan dan kemudian dibebaskan.
5.       Khalifah juga pernah juga memujuk ibu Imam Hanifah supaya anaknya menerima tawaran jawatan hakin tersebut. Pada suatu pagi berkatalah ibunya kepada Imam Abu Hanifah : Wahai Nukman, anak bonda yang kukasihi, buang sahajalah dan lemparkan jauh-jauh ilmu-ilmu yang telah engkau dapati itu, kerana tiada lain yang engkau dapatinya, kecuali penjara, pukulan cemati dan rantai-rantai yang membelitmu
Abu Hanifah menjawab dengan lembutnya kepada ibunya yang dikasihi : Oh ibu, jika anakanda hendakkan kemewahan dunia, tentu anakanda tidak dipenjarakan tetapi anakanda mengutamakan keredhaan Allah dan memeliharanya pengetahuan yang telah anakanda dapati, anakanda tidak akan membuang pengetahuan yang selama ini anakanda pelihara daripada kemurkaan Allah
6.       Akhirnya Imam Abu Hanifah diberi racun oleh khalifah kerana tidak tahan dengan sikap penolakannya itu.
7.       Akhirnya, sedarlah Imam Abu Hanifah bahawa beliau tidak berapa lama lagi untuk hidup dan ketika itulah beliau sujud ke hadrat Allah sehingga menghembuskan nafas terakhir.
8.       Wafatlah imam besar yang berjasa ini di suatu tempat yang terasing dari saudara mara, anak isteri dan sahabat handai, dikeliling batu dan pagar besi penjaa, dengan keadaan yang amat memilukan dan menyayatkan hati.
9.       Dengan itu, puaslah hati baginda Amirul Mukminin dan ulama-ulama sekelilingnya dan menangislah kaum Muslimin yang tahu kesucian peribadi imam besar ini.
10.    Peristiwa itu berlaku dalam bulan Rejab tahun 150 Hijrah 767 Masihi di penjara Baghdad dan dimakamkan di perkuburan Hizran.
Sumbangan Imam Abu Hanifah dalam bidang Imu dan Pemikiran Islam
1.       Kebanyakkan ilmu pengetahuan yang diajarkan beliau, dikumpulkan dan dijadikan buku besar oleh murid-muridnya seperti Imam Abu Muhammad bin Hassan dan al-Imam Abu Yusuf. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian :
a.       Masail Wusul
b.       Masail an Nawadir
c.        Masail al-Waqiah
2.       Imam Abu Muhammad bin Hassan kemudiannya menyusun Kitab Al-Mabsut dari Asas bahagian pertama (Masail Wusul) menjadi sebuah kitab besar dalam mazhab Hanafi yang terdiri dari 15 jilid dan 30 Juzuk. Antaranya :
a.       Al-jamik as-Saghir
b.       Al-jamik al-kabir
c.        As-Sairu as-Saghir
d.       As-Sairu al-Kabir
e.        Az-Ziyadat
3.       Asas-asas dalam mazhab Abu Hanifah (Hanafi) :
a.       Al-Kitab (al-Quran)
b.       As-Sunnah (Hadis Rasullullah SAW)
c.        Fatwa al-Sahabat
d.       Ijmak Ulama
e.        Al-Qias
f.        Al-Istihsan
g.        Al-Uruf
Pandangan dan Nasihat Imam Abu Hanifah
1.       Pandangan dan nasihat tentang akhlak dan adab :
a.       Janganlah berdiri di tepi-tepi jalan raya. Duduklah di masjid
b.       Janganlah duduk di premis-premis perniagaan
c.        Janganlah makan dan minum di pasar
d.       Janganlah memakai pakaian sutera kerana membawa kepada kelemahan.
2.       Pandangan dan nasihat tentang sifat peribadi :
a.       Janganlah bakhil atau kedekut kerana perangai ini memalukan
b.       Janganlah tamak haloba dan berdusta, bahkan hendaklah menjaga maruah sepanjang hayat
c.        Pakailah pakaian putih sepanjang masa
d.       Ingatlah selalu kepada mati
e.        Meminta maaf dan keampunan dari guru-guru dan orang yang kamu belajar dan selalulah membaca al-Quran
f.         Selalulah menziarahi kubur, guru dan juga tempat-tempat berkat
g.        Jauhkan diri dari orang yang tidak baik dan campurilah mereka dengan tujuan member nasihat atau menyeru mereka kepada agama islam
h.       Jangan memaki hamun atau mencela orang.
Perkembangan mazhab
1.       Mazhab Hanafi mula tersebar di Kufah dan Iraq
2.       Selepas kewafatan Imam Abu Hanifah, ia mula berkembang di Baghdad dan beberapa buah Negara Islam yang lain
3.       Ramai pengikut mazhab hanafi di Mesir, Syam, Iraq, Khurasan, Turki, Albania, India, Pakistan, China, Azerbaijan, Tabriz, Ahwaz dan lain-lain lagi.

RIWAYAT HIDUP IMAM HAMBALI DAN SUMBANGANNNYA



Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal Asy Syaibani. Beliau lahir di kota Baghdad pada bulan rabi’ul Awwal tahun 164 H (780 M), pada masa Khalifah Muhammad al Mahdi dari Bani abbasiyyah ke III. Nasab beliau yaitu Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asas bin Idris bin Abdullah bin Hajyan bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasith bin Mazin bin Syaiban bin Dzahal Tsa’labah bin akabah bin Sha’ab bin Ali bin bakar bin Muhammad bin Wail bin Qasith bin Afshy bin Damy bin Jadlah bin Asad bin Rabi’ah bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan. Jadi beliau serumpun dengan Nabi karena yang menurunkan Nabi adalah Muzhar bin Nizar.Menurut sejarah beliau lebih dikenal dengan Ibnu Hanbal (nisbah bagi kakeknya). Dan setelah mempunyai beberapa orang putra yang diantaranya bernama Abdullah, beliau lebih sering dipanggil Abu Abdullah. Akan tetapi, berkenaan dengan madzabnya, maka kaum muslimin lebih menyebutnya sebagai madzab Hanbali dan sama sekali tidak menisbahkannya dengan kunyah tersebut.

Sejak kecil, Imam Ahmad kendati dalam keadaan yatim dan miskin, namun berkat bimbingan ibunya yang shalihah beliau mampu menjadi manusia yang teramat cinta pada ilmu, kebaikan dan kebenaran. Dalam suasana serba kekurangan, tekad beliau dalam menuntut ilmu tidak pernah berkurang. Bahkan sekalipun beliau sudah menjadi imam, pekerjaan menuntut ilmu dan mendatangi guru-guru yang lebih alim tidak pernah berhenti. Melihat hal tersebut, ada orang bertanya, Sampai kapan engkau berhenti dari mencari ilmu, padahal engkau sekarang sudah mencapai kedudukan yang tinggi dan telah pula menjadi imam bagi kaum muslimin ? Maka beliau menjawab, Beserta tinta sampai liang lahat.

Beliau menuntut ilmu dari banyak guru yang terkenal dan ahli di bidangnya. Misalnya dari kalangan ahli hadits adalah Yahya bin Sa’id al Qathan, Abdurrahman bin Mahdi, Yazid bin Harun, sufyan bin Uyainah dan Abu Dawud ath Thayalisi. Dari kalangan ahli fiqh adalah Waki’ bin Jarah, Muhammad bin Idris asy Syafi’i dan Abu Yusuf (sahabat Abu Hanifah ) dll. dalam ilmu hadits, beliau mampu menghafal sejuta hadits bersama sanad dan hal ikhwal perawinya.

Meskipun Imam Ahmad seorang yang kekurangan, namun beliau sangat memelihara kehormatan dirinya. Bahkan dalam keadaan tersebut, beliau senantiasa berusaha menolong dan tangannya selalu di atas. Beliau tidak pernah gusar hatinya untuk mendermakan sesuatu yang dimiliki satu-satunya pada hari itu. Disamping itu, beliau terkenal sebagai seorang yang zuhud dn wara”. Bersih hatinya dari segala macam pengaruh kebendaan serta menyibukkan diri dengan dzikir dan membaca Al Qur’an atau menghabiskn seluruh usianya untuk membersihkan agama dan mengikisnya dari kotoran-kotoran bid’ah dan pikiran-pikiran yang sesat.

Salah satu karya besar beliau adalah Al Musnad yang memuat empat puluh ribu hadits. Disamping beliau mengatakannya sebagai kumpulan hadits-hadits shahih dan layak dijadikan hujjah, karya tersebut juga mendapat pengakuan yang hebat dari para ahli hadits. Selain al Musnad karya beliau yang lain adalah : Tafsir al Qur’an, An Nasikh wa al Mansukh, Al Muqaddam wa Al Muakhar fi al Qur’an, Jawabat al Qur’an, At Tarih, Al Manasik Al Kabir, Al Manasik Ash Shaghir, Tha’atu Rasul, Al ‘Ilal, Al Wara’ dan Ash Shalah.

Ujian dan tantangan yang dihadapi Imam Ahmad adalah hempasan badai filsafat atau paham-paham Mu”tazilah yang sudah merasuk di kalangan penguasa, tepatnya di masa al Makmun dengan idenya atas kemakhlukan al Qur’an. Sekalipun Imam Ahmad sadar akan bahaya yang segera menimpanya, namun beliau tetap gigih mempertahankan pendirian dan mematahkan hujjah kaum Mu’tazilah serta mengingatkan akan bahaya filsafat terhadap kemurnian agama. Beliau berkata tegas pada sultan bahwa al Qur’an bukanlah makhluk, sehingga beliau diseret ke penjara. Beliau berada di penjara selama tiga periode kekhlifahan yaitu al Makmun, al Mu’tashim dan terakhir al Watsiq. Setelah al Watsiq tiada, diganti oleh al Mutawakkil yang arif dan bijaksana dan Imam Ahmad pun dibebaskan.

Imam Ahmad  lama mendekam dalam penjara dan dikucilkan dari masyarakat, namun berkat keteguhan dan kesabarannya selain mendapat penghargaan dari sultan juga memperoleh keharuman atas namanya. Ajarannya makin banyak diikuti orang dan madzabnya tersebar di seputar Irak dan Syam. Tidak lama kemudian beliau meninggal karena rasa sakit dan luka yang dibawanya dari penjara semakin parah dan memburuk. Beliau wafat pada 12 Rabi’ul Awwal 241 H (855). Pada hari itu tidak kurang dari 130.000 Muslimin yang hendak menshalatkannya dan 10.000 orang Yahudi dan Nashrani yang masuk Islam. Menurut sejarah belum pernah terjadi jenazah dishalatkan orang sebanyak itu kecuali Ibnu Taimiyah dan Ahmad bin Hanbal. Semoga Allah senantiasa memberikan rahmat atas keduanya. Amin.

RIWAYAT HIDUP AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN



LATAR BELAKANG TOKOH

            Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.


PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Amal bi’ Usturlab’
Al-Tarikh
Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

            Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

            Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....”  Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

            Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.  Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.


Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].  Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12.  sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

RIWAYAT HIDUP IMAM SYAFIE DAN SUMBANGANNNYA KEPADA DUNIA ISLAM



Disediakan Untuk:
Ustaz Abd. Aziz Bin Harjin. 

Disediakan Oleh:
Nama: Nurul Shuhada Binti Abd. Razak. 
No Id: 2009230794. 

Abstrak 
Imam Syafie dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Ghuzah. Beliau dilahirkan sebagai anak yatim kerana bapanya telah meninggal ketika beliau masih lagi dalam kandungan ibunya. Dari kecil lagi Imam Syafie telah menujukkan sikap beliau yang amat cintakan ilmu. Salasilah keturunan Imam Syafie juga bersangkut paut dengan salasilah keturunan Rasullulah. Pada usia yang amat muda beliau telah mampu menghafal kitab karangan Imam Maliky tanpa memiliki kitab tersebut. Selain itu, beliau juga rajin menuntut ilmu kesusteraan di sebuah dusun yang terletak amat jauh dari rumahnya. Disebabkan keadaan hidup yang susah beliau terpaksa mengutip tulang-tulang dan cebisan kertas bagi mencatit segala nota. Setelah meningkat dewasa beliau ingin benar bertemu dengan Imam Maliky yang mengarang kitab tersebut. Setelah itu beliau berangkat ke Madinah untuk bertemu dengan Imam Maliky. Setelah beberapa lama beliau menjadi anak didik Imam Maliky, beliau semakin mendalami pelbagai ilmu. Masa berlalu dengan pantas, Imam Syafie membuat keputusan untuk memperluaskan ilmunya dengan merantau dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Sepanjang perjalananya, pelbagai bidang ilmu yang telah beliau pelajari seperti ilmu fiqh, tauhid dan lain-lain. Malahan pelbagai juga kitab yang telah dikarang oleh beliau antaranya ialah Kitab Al-Umm, Ar-Risalah dan sebagainya. Begitu juga dengan para pengikut mazhab Imam Syafie yang semakin ramai dari hari ke hari. Mazhab Imam Syafie juga berlandaskan Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak dan Qiyas. Beliau juga turut member sumbangan dalam bidang kesusteraan Arab, dimana kehebatan syair-syair beliau tidak dapat ditandingi. Sebagai umat biasa Imam Syafie juga mendapat dugaan apabila beliau hampir dihukum pancung dan dengan kuasa Allah, beliau terselamat. Setelah lama sakit akhirnya pada hari Khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masehi wafatlah beliau dengan tenang. Imam Syafie dapat merasakan bahawa beliau akan meninggal dunia di Makkah dan meminta wali negeri Makkah yang memandikan jenazah beliau. Jenazah beliau dikebumikan pada 30 Rejab selepas waktu Asar dan dimaqamkan di perkuburan banu Zahrah yang terkenal sebagai kawasan perkuburan anak keturunan Abdul Hakam. 

Pendahuluan 
Mazhab Syafie merupakan antara empat Mazhab yang diikuti oleh umat Islam sekarang. Antara mazhab lain ialah Mazhab Hambaly, Hanafi dan Maliky. Imam Syafie telah meneroka pelbagai bidang ilmu dan membetulkan hukum-hukum yang bercanggah dengan dalil-dalil di dalam Al-Quran. Melalui pengalaman yang diperolehi daripada perjalanan beliau daripada merantau dari sebuah negeri ke negeri yang lain membuatkan beliau semakin luas bidang ilmu pengetahuannya. Ibu Imam Syafie pernah mendapat mimpi ketika mengandungkan beliau, bahawa ibunya terlihat sebutir bintang yang keluar lalu menerangi seuruh alam. Dari pada mimpi tersebut menujjukan bahawa anaknya iaitu Imam Syafie akan menjadi seorang yang cintakan ilmu dan ilmu yang diperolehinya itu akan menerangi seluruh ala mini iaitu tersebar di seluruh dunia. Ini terbukti apabila dari kecil lagi Imam Syafie merupakan seorang yang rajin menuntut ilmu. Peribadi Imam Syafie begitu unggul kerana sifat cintakan ilmu begitu terserlah dalam dirinya. Sehinggakan dia sanggup kurangkan makan kerana perut yang kenyang itu menyebabkan ilmu sukar diterima. Imam Syafie juga mempunyai sifat ingin mendalami sesuatu ilmu baru. Contohnya ketika beliau singgah di sebuah negeri dan mempelajanri ilmu mengenai sifat dan thabiat manusia dan mendalami ilmu tersebut. Disebabkan beliau merupakn pencinta ilmu, oleh itu ramailah guru yang menjadi tulang belakang kejayaan beliau antara guru yang berjasa kepadanya ialah Imam Maliky. Imam Syafie juga mempunyai kitab karangan beliau sendiri antaranya ialah Kitab Al-fiqh yang membincangkan sehalus-halusnya mengenai ilmu fiqh. Imam Syafie juga di beri kepercayaan oleh Imam Maliky untuk untuk menggantikan beliau mengajar di masjid kerana Imam Maliky begitu kagum apabila Imam Syafie mampu menghafal Kitab Al-Muwatha’ tanpa memiliki kitab tersebut. Imam Syafie berkhawin pada usia 29 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Setiap yang hidup pasti menemui ajal mereka, begitu juga Imam Syafie. Imam Hambaly iaitu anak didik Imam Syafie apabila melihat keadaan Imam Syafie yang tenat itu, beliau dapat merasakan bahawa Imam Syafie akan wafat di Mesir. Pada hari Khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masehi wafatlah beliau dengan tenang. Jenazah beliau dikebumikan pada 30 Rejab selepas waktu Asar dan dimaqamkan di perkuburan banu Zahrah yang terkenal sebagai kawasan perkuburan anak keturunan Abdul Hakam. 

Imam Syafie atau nama sebenarnya Muhammad dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi. Beliau dilahirkan di suatu kampung di Ghuzah(Gaza) atau daerah Palestin. Ketika hari kelahiran beliuan juga merupakan hari kewafatan Imam Hanafi, menurut riwayat lain megatakan bahawa waktu kewafatan Imam Hanafi bersamaan waktu kelahiran Imam Syafie. Bahkan menurut riwayat yang lain juga nengatakan bahawa pada bulan dan tahun kelahiran Imam Syafie wafatnya Imam Ibnu Juraij Al-Makky seorang alim ulama di daerah kota Makkah atau lebih dikanali dengan panggilan Imam Ahli Hijjaz. Dengan kewafatan dua orang alim ulama dan merupakan Imam besar itu maka ramai yang beranggapan bahawa Imam Syafie bakal menggatikan kedudukan dua orang pembesar itu. Berbalik kepada tempat kelahiran beliau, sebenarnya bukanlah tempat kediaman keluarga beliau. Kedua-dua ibu bapa Imam Syafie adalah penduduk kota Makkah yang pergi ke daerah Ghuzah kerana suatu keperluan. Ditakdirkan dengan kuasa Allah S. W. T ayahnya meninggal dunia disana ketika beliau masih lagi dalam kandungan ibunya. Selepas beberapa hari kematian ayahnya, lahirlah beliau dalam keadaan selamat di kampung itu. ( Shaaban, 1994:52)
Dikatakan bahawa salasiah keturunan Imam Syafie bersangkut paut dengan salasiah keturunan Nabi Muhammad S. A. W. Ini terbukti melalui nama sebenar Imam Syafie iaitu Muhammad bin Idris bin Abbas bin Utsman bin Syafie bin Said bin Abdu’ Yazid bin Hasyim bin Abdul Muthalib bin ‘Abdu Manaf. Dengan ini jelaslah bahawa beliau adalah dari keturunan bangsa Arab Quraisy dan keturunan beliaubersatu dengan keturunan Nabi Muahammad pada Abdu Manaf , iaitu datuk Nabi yang ke tiga. Jika dirungkaikan secara dalam salasiah keturunan beliau ini, baik dari bapa atau ibunya, kedua-duanya berkait rapat dengan salasiah keturunan Nabi. Tambahan lagi, Hasyim adalah datuk kedua Nabi Muhammad dan Said (datuk keempat Imam Syafie) ketika masih musyrik pernah ditawan oleh tentera para Muslimin ketika Peperangan Badar lalu beliau insaf dan minta dimerdekakan serta tunduk dan patuh pada ajaran Islam seterusnya beliau menjadi seorang yang setia dengan pimpinan Islam. Ternyata bahawa Said termasuk daripada salah seorang sahabat Nabi yang memperjuangkan Islam. ( Shaaban, 1994:78)
Imam Syafie adalah seorang yang tinggi dan gagah perwatakannya. Beliau seorang yang putih, fasih berbicara, bagus suaranya dan mempunyai perwatakan yang menakutkan bagi sesiapa yang melihatnya buat kali pertama dan akan mula menyukainya apabila mula mendekati beliau. 
Antara tanda-tanda yang menujukkan bahawa beliau adalah salah seorang alim ulama’ adalah melalui peribudi yang luhur sejak kecil lagi. (Ghazali, 2002:44-45)
Ketika berusia dua tahun Imam Syafie dibawa pulang ke Makkah. Beliau tinggal bersama ibunya dalam keadaan yang susah dan juga sebagai seorang anak yatim. Walaupun dalam keadaan serba kesusahan tetapi ketika berusia 9 tahun beliau telahpun menghafal Al-Quran. Dalam usia sebegitu beliau juga merupakan seorang yang rajin menuntut ilmu apabila beliau bersungguh-sungguh mempelajari bahasa Arab yang asli di dusun bangsa Badwy Banu Hudzail kerana di dusun itulah penduduknya terkenal dengan bahasa Arab yang fasih dan lancar. Selain itu, beliau turut mempelajari syair-syair dan puisi-puisi Arab. Di kota Makkah pula, beliau mempelajari ilmu fiqh daripada seorang guru bernama Imam Muslim bin Khalid Az-Zanjy seorang mufty di Kota Makkah pada masa itu. Selepas beberapa lama berguru bersama Imam Muslim, beliau dianugerahkan segulung ijazah dan diberi hak untuk mengajar serta member fatwa tentang hukum-hukum yang bersangkut tentang keagamaan. Antara ilmu lain yang dipelajari beliau ialah ilmu hadith daripada Imam Sufyan bin ‘Uyainah, ilmu Al-Quran daripada Imam Ismail bin Qasmasa dan pelbagai lagi ilmu yang dipelajari beliau sehingga umur 15 tahun daripada para ulama di Masjidil Haram. Ketika berumur 10 tahun, beliau sudah memahami isi kitab Al-Muwaththa’ yang disusun oleh Imam Maliky(Ghazali, 2002:87)
Kerajinan Imam Syafie dalam menuntut ilmu ternyata menyerlah kerana walaupun beliau hidup dalam kesusahan beliau merupakan seorang yang rajin. Disebabkan keadaan hidup yang susah beliau seringkali mencari tulang-tulang dan juga kertas-kertas terbuang untuk menulis segala pelajarannya. Hari demi hari banyaklah cebisan kertas dan tulang-tulang yang memenuhi biliknya, lantaran itu beliau mengambil keputusan untuk menghafal segala ilmu pelajaran yang diperolehinya. Hampir berbulan-bulan masa yang Imam Syafie gunakan bagi menghafal semua ilmu yang diperolehinya, lantaran itu bilik beliau tidak lagi dipenuhi oleh nota-notanya. Imam Syafie juga berpendapat bahawa ilmunya yang dihafal itu akan ke mana sahaja dengan beliau dan beliau boleh menggunakannnya pada bila-bila masa. (Khalil, 1991:140) 
Demikianlah antara riwayat yang menerangkan kerajinan Imam Syafie dalam menuntut ilmu sehinggakan beliau mempunyai keinginan untuk menghafal isi kitab Al-Muwaththa’ walaupun pada ketika itu beliau belum memiliki kitab tersebut malahan hanya meminjam daripada seorang penduduk Makkah. Tidak sampai bertahun-tahun, beliau telah mampu utnuk menghafal kitab tersebut. Walaupun beliau telah menghafal kitab tersebut namun beliau berasa tidak puas hati apabila tidak dapat berjumpa dan berguru dengan Imam Maliky. Oleh itu, beliau telah mengambil keputusan untuk ke Madinah dengan persetujuan oleh para gurunya di Makkah. Salah seorang daripada guru Imam Syafie iaitu Imam Khalid bin Muslim telah menulis sepucuk surat pengantar bagi memudahkan pertemuan Imam Syafie dengan Imam Maliky. Selain itu, salah seorang wali kota Makkah juga mengirimkam dua pucuk surat buat Imam Maliky dan juga wali kota Madinah bagi memudahkan urusan beliau di kota Madinah nanti. (Khalil, 1997: 146-147)
Setelah beliau tiba di kota Madinah beliau berjumpa dengan wali kota Madinah lalu menyerahkan surat yang dikirimkan itu, dengan bantuan wali tersebut Imam Syafie di bawa berjumpa dengan Imam Maliky di rumahnya. Ketika dihadapan rumah Imam Maliky keluarlah pesuruh Imam Maliky iaitu Jariah, setelah memberitahu hajat mereka berdua untuk berjumpa dengan Imam Maliky maka keluarlah Imam Maliky dihadapan rumahnya. Wali kota Madinah menyerahkan sepucuk surat kepada Imam Maliky, setelah membaca surat tersebut Imam Maliky melihat wajah Imam Syafie dan ternyata terdapat firasat dan nur yang berada di wajah Imam Syafie . Setalah Imam Syafie memperkenalkan dirinya lalu Imam Maliky menyuruh beliau datang ke rumahnya esok hari bagi mempelajari kitab Al-Muwaththa’. Lantaran itu, Imam Syafie memberitahu bahawa dia telah menghafal seluruh isi kandungan kitab tersebut dan memperdengarkan bacaaan beliau kepada Imam Maliky. (Khalil, 1997:150)
Mulai hari itu, secara rasminya Imam Syafie menjadi anak didik kepada Imam Maliky dan tinggal serumah dengan Imam Maliky. Ke mana sahaja Imam Maliky pergi pasti beliau mengekorinya dan Imam Syafie juga sering menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu bagi mempelajari ilmu daripada Imam Maliky. Sehinggakan ketika Imam Maliky membacakan kitab Al-Muwaththa, Imam Syafie ditugaskan bagi menekankan lagi isi kandungan kitab tersebut. Menurut kebiasannya, orang Mesir yang menunaikan ibadat haji di Makkah pasti akan mengunjungi masjid-masjid Madinah bagi menutut ilmu daripada Imam Maliky. Pada waktu itu, Imam Syafie yang ditugaskan bagi menekankan dan menerangkan kitab Al-Muwathatha’ kepada mereka semua. Antaranya ialah Abdullah bin Abdul Hakam, Asyhab, Ibnul Qasim dan Al-Laits bin Sa’ad yang merupakan alim ulamak di Mesir. (Kahalil, 1997:158-159)
Meskipun sudah mempunyai pelbagai jenis ilmu, bahkan beliau belum terasa puas malahan terasa sangat kekurangannya tentang pengetahuan. Oleh kerana pada masa itu, Imam Syafie telah mendengar berita megenai kebesaran para ulama’ di Iraq seperti Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin Hasan (kedua-duannya merupakan sahabat Imam Abu Hanifah). Dengan keizinan gurunya iaitu Imam Maliky, beliau berangkat ke Iraq bersama dengan para jemaah haji yang hendak kembali ke Kufah. Imam Maliky juga membekalkan 46 dinar dan 4 dinar untuk kenderaan beliau. (Khalil, 1997:198-199)
Setelah 24 hari perjalanan tibalah Imam Syafie disana dan beliau berhenti untuk solat ‘Asar. Ketika di masjid berkenaan beliau telah menegur cara seorang pemuda di situ menunaikan solat. Namun dengan marah pemuda itu mengatakan bahawa selama ini dia menunaikan solat di hadapan Imam Muhammad dan Imam Abu Yusuf dan tidak pernah ditegur. Lalu berita ini sampai ke pengetahuan Imam Muhammad, setelah mendengar penerangan Imam Syafie bagaimana beliau menunaikan solat membuatkan Imam Muhammad mengerti dan insaf. Selama di Kufah, Imam Syafie telah menjadi tetamu yang istimewa buat Imam Muhammad dan menetap bersama Imam Muhammad. Selama berada di Kufah, Iraq, beliau mendalami ilmu pegetahuan fiqh para ilmuwan di sana. Selain itu, beliau dapat mempelajari mengenai cara Qadhy iaitu Hakim memeriksa sesuatu perkara dan memutuskan undang-undang. (Khalil, 1997:201-202) 
Sepanjang di Iraq, beliau dapat menambah pengalaman dan pemandangan mengenai perilaku dan pergaulan penduduk di sana. Pelbagai adat istiadat masyrakat di sana juga beliau telah pelajari. Setelah hamper dua tahun beliau telah mendiamkan diri di Kufah, beliau telah meninjau keadaan kota-kota di sekitar Iraq dan timbul pula hasrat beliau untuk melanjutkan perjalananya ke negeri-negeri lain. (Khalil, 1997:200)
Kepergian Imam Syafie ke beberapa buah negeri telah direstui oleh Imam Muhammad dan beliau dibekalkan 3000 dirham bagi membantu kewangannya. Maka, berangkatlah beliau ke Parsi menuju pula ke Rom. Kemudian berangkatlah pula ke Hirah dan berehat sebentar di sana. Daripada Hirah beliau menuju ke Palestine, dan berehat seketika di kota Ramlah iaitu sebelah selatan Baitul Maqdis. Di setiap negeri-negeri tersebut beliau menambah ilmunya melalui para ulama’ di situ. Disamping itu, beliau juga menyebarkan isi kandungan kitab Muwaththa’. (Shaaban, 1994:150)
Ketika Imam Syafie berada di kota Ramlah, datanglah sekumpulan unta dari kota Madinah, lalu beliau menayakan khabar Imam Maliky kepada mereka. Terdetik di hati Imam Syafie untuk pulang ke Madinah. Dengan membeli seekor unta, Imam Syafie pulang ke Madinah dan singgah solat Asar di masjid Nabawi. Kebetulan pada ketika itu Imam Maliky sedang mengajar di masjid tersebut dan apabila beliau melihat wajah Imam Syafie, lalu segera dia menghormati kedatangan Imam Syafie. Setelah itu Imam Maliky menyuruh Imam Syafie megambil alih pengajarangnya pada hari itu. Bermulai hari itu, Imam Syafie membantu pimpinan dan pengajarang Imam Maliky sehingga beliau meninggal dunia iaitu pada bulan RabiulAwal tahun 179 Hijrah. (Shaaban, 1994:166-167)
Setelah Imam Maliky meninggal dunia, wakil negeri Yaman amat teruja dengan peribadi dan kepintaran Imam Syafie maka dengan itu tertariklah wakil negeri Yaman untuk berjumpa dengan beliau. Oleh itu, Imam Syafie dilantiklah menjadi penulis negeri Yaman dan berangkatlah beliau ke negeri tersebut. Setelah tiba di ibu kota negeri Yaman beliau dilantik pula menjadi setiausaha negeri Yaman dan bekerja di jabatan yang terpenting. Ketika itu usia Imam Syafie adalah 29 tahun dan masih belum berkhawin, dengan persetujuan wakil negeri Yaman dan lain-lain, beliau berkhawin dengan seorang puteri bangsawab iaitu Siti Hamidah btNafi’, dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Abu ‘Uthman, Fathimah dan Zainab. Selama di Yaman Imam Syafie berusaha menuntut ilmu berkenaan sifat dan thabiat seseorang “physiognomy”. (Khalil, 1997:206)
Setiap umat pasti menempuhi dugaan termasuk juga Imam Syafie. Disebabkan Imam Syafie pada ketika itu sangat disayangi maka timbul segala perasaan iri hati dan dengki. Berhubung dengan itu, terdapat beberapa orang yang melaporkan pada ketua Baghdad iaitu Harun Ar-Rasyid bahawa Imam Syafie termasuk dalam seorang pemimpin yang aktif dan berpengaruh besar dalam pergerakan kaum Syiah. Kaum Syiah dianggap merupakan suatu kaum yang berpontensi untuk merobohkan pemerintahan Bani Abbasiyah dan menubuhkan pemerintahan sendiri iaitu golongan ‘Allawyyin. Oleh kerana, Yaman berada di bawah pemerintahan Harun Ar-Rasyid maka, baginda telah mengirimkan surat ke Yaman menyampaikan ancaman kepada kaum Syiah dan juga tertulis nama Imam Syafie di dalam surat tersebut. Tetapi pada hakikatnya Imam Syafie tidak terlibat dengan puak Syiah. Maka, pada suatu hari Ar-Rasyid memerintahkan untuk menagkap penganjur dam pemimpin puak Syiah, Imam Syafie juga turut ditangkap. Dengan bukti yang ada Imam Syafie terbukti tidak bersalah. (Rafi, 1990:45)
Selama Imam Syafie berada di Baghdad, sering kali beliau menghadiri pertemuan bersa ulama’-ulama’ disana bagi menukarkan pandangan dan fikiran mengenai masalah-masalah agama. Imam Syafie juga sering kali menghadiri majlis yang dianjurkan para ‘ulama seperti Imam Waki’ binJarrah, Abu Usamah dan lain-lain. Setiap masalah yang timbul pasti dapat diselesaikan dahulu oleh beliau , dengan itu mereka telah berpakat untuk mencari suatu masalah yang besar lalu dikemukan kepada Imam Syafie. Di hadapan Ar-Rasyidin, Imam Syafie mampu menjawab maslah tersebut dengan tepat. Dengan itu tertariklah baginda Ar-Rasyidin terhadap kecerdasan Imam Syafie dan menawarkan jawatan Qadhi kepada beliau, tetapi Imam Syafie menolak jawatan tersebut. (Ghazali, 2002:98)
Imam Syafie membuat keputusan untuk kembali ke Makkah, dikala itu itu ibunya telah meninngal dunia. Sepanjang 17 tahun beliau berada di Makkah menyebarkan mazhab beliau melalui perantaraan para jemaah haji yang dating setiap tahun ke Makkah bagi menunaikan haji. Beliau amat terkenal dengan ilmu mengenai tafsir Al-Quran, ilmu hadith, ilmu fiqh, ilmu lughat, ilmu firasat dan sebagainya. Sepanjang beliau berada di Makkah, beliau mendapat pelbagai khabar dari Baghdad antaranya ialah kewafatan Imam Abu Yussuf iaitu pada tahun 182, kemudian pada tahun 188 Hijrah pula ialah kewafatan Imam Muhammad bin Al- Hassan, maka pada tahun 193 pula sampailah berita kewafatan Harun Ar-Rasyid dan diikuti oleh kewafatan Al-Amin bin Harun Ar-Rasyid. (Ghazali, 2002:55)
Antara pesanan Imam Syafie mengenai aliran mazhabnya yang diriwayatkan oleh Imam Ar-Rabi mengatakan tiap-tiap apa yang berlaku daripada sunnah Rasulullah padahal bersalahan dengan mazhabku , maka tinggalkanlah mazhabku. Selain itu, Imam Ar-Rabi juga ada mengatakan bahawa beliau pernah mendengar Imam Syafie berkata “tiap-tiap masalah yang telah aku bicarakan, yang padanya ada hadith yang sahih dari Rasullulah menurut pandangan ahli hadith, padahal bersalahan dengan apa yang telah ku katakana maka akan ku rujuk kembali baik di waktu hidupku mahupun sesudah matiku”. Malahan Imam Syafie juga mengatakan sekiranya didapati sesuatu yang menyalahi sunnah Rasulullah maka hendaklah kamu mengatakan dengan sunnah Rasulullah dan tinggalkanlah apa yang telah dikatakan oleh Imam Syafie. Imam Abu Tsaur juga pernah mendengar Imam Syafie mengatakan bahawa semua hadith nabi yang sahih itu adalah perkataan beliau walaupun sebelum ini belum pernah didengari. (Munir, 1889:167)
Dasar-dasar mazhab Imam Syafie adalah daripada Al-Quran, dimana beliau mengambil daripada makna yang lahir kecuali didapati mempunyai alasan yang menujukkan bahawa makna itu harus diguna pakai. Seterusnya As-Sunnah , beliau mengambil sunnah nabi untuk dijadikan dalil bagi mencukupi syarat-syaratnya. Yakni, selagi perawi hadith itu seorang yang boleh dipercayai, kuat ingatan dan berhubung terusa dengan nabi. Ijma’, beliau menetapkan adanya ijma’ para sahabat apabila tidak berlaku perbantahan diantara satu sama lain dan mencapai kata sepakat. Qiyas pula digunakan apabila sudah didapati tiada dalil yang terang dari Al-Quran, As-Sunnah dan ijma’. Qiyas juga digunakan apabila dalam keadaan yang memaksa, tetapi Imam Syafie tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman secara qiyas. Akhir sekali adalah istidlal dimana beliau mencari alasan berlandaskan undang-undang tanpa mengunakan pendapat fikiran manusia. (Munir, 1889:167-168)
Setiap yang hidup pasti menemui mati begitu juga dengan Imam Syafie yang semakin hari semakin keadaan sakit beliau semakin parah. Di kala itu, beliau merasakan bahawa beliau akan wafat di Mesir dan beliau meminta wali negeri Mesir untuk memandikan jenazah beliau kelak. Pada hari Khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masehi wafatlah beliau dengan tenang. Jenazah beliau dikebumikan pada 30 Rejab selepas waktu Asar dan dimaqamkan di perkuburan banu Zahrah yang terkenal sebagai kawasan perkuburan anak keturunan Abdul Hakam. (Shaaban, 1994:153-154)

Kesimpulan
Berdasarkan beberapa sumber rujukan yang diperolehi ternyata menerangkan kerajinan Imam Syafie dalam menuntut ilmu pengetahuan dalam keadaan yang serba sederhana dan sifat peribadi beliau yang begitu unggul. Kerajinan beliau terbukti apabila beliau merantau ke merata negeri semata-mata bagi mengutip banyak pengalaman di negeri-negeri orang serta mendalami segala ilmu pengetahuan di setiap negeri yang disinggahi olehnya. Beliau juga mempunyai ramai guru dan anak murid. Antara anak muridnya ialah Imam Abu Tsaur, Imam Al-Hassan, Imam Ahmad bin Hambal, Imam Yusuf bin Yahya, Imam Abu Ibrahim dan yang lain-lain. Malahan Imam Syafie juga mempunyai mazhab-mazhabnya yang tersendiri. Selain itu juga, Imam Syafie mengarang pelbagai jenis kitab seperti Ar-Risalah yang membicarakan mengenai ilmu fiqh. Di dalam kitab ini beliau membicarakan dengan jelas mengenai hukum-hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah. Kitab yang seterusnya ialah kitab Al-Umm, kitab ini merupakan antara kitab yang membicarakan secara teliti mengenai ilmu fiqh dan menunjukkan kebijaksanaan Imam Syafie. Kitab-kitab lain karanagn beliau adalah kitab Jamiul-Ilmi, Ibthahul-Istithan, Ar-Raddhu, Siyarul-Auza’y, ikhtilaful-hadiths dan Al-Musnad. Selain itu terdapat juga kitab yang ddikarang oleh Imam Syafie yang masih lagi digunakan sehingga sekarang seperti Kitab Al-Fiqqih, Al-Mukkhtasharul-Kabir dan Mukkhtasharul-Shaghir. Ketika menuntut ilmu pengetahuan juga Imam Syafie mendapat ujian apabila beliau ditangkap oleh pemerintah Baghdad atas tuduhan cuba menjatuhkan pemerintahan di Baghdad melalui puak Syiah, beliau juga hampir dihukum bunuh oleh Ar-Rasyidin. Dengan kuasa Allah beliau terselamat daripada tuduhan tersebut malahan Ar-Rasyidin menjadi kagum dengan kepandaian Imam Syafie menyelesaikan suatu masalah yang timbul. Beliau juga telah meneroka pelbagai cabang dan bidang ilmu terutamanya berkaitan dengan ilmu fiqh. Malahan Imam Syafie juga terkenal dengan ilmu kesusteraan dimana beliau mampu megubah syair-syair yang hebat. Antara ilmu lain yang diterokai Imam Syafie adalah ilmu tauhid, ilmu megenai sifat dan thabiat manusia serta pelbagai lagi cabang ilmu yang diterokai dan dipelajari beliau sepanjang mengembara dari sebuah negeri ke negeri yang lain. Selain itu beliau juga telah mampu menghafal dan memahami isi kandungan kitan Al-Muwathathak karangan Imam Maliky dalam usia yang muda. Akhirnya pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820, Imam Syafie meninggal dunia di Mesir.

RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI DAN SUMBANGAN BELIAU DALAM TAMADUN ISLAM



DISEDIAKAN UNTUK:
ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH:
LATIFAH BINTI OMAR
2009217302

ABSTRAK
Di sini saya akan menceritakan mengenai seorang tokoh ilmuan Islam yang amat dikagumi dan dihormati bukan hanya pada zaman kegemilangan beliau bahkan sehingga ke hari ini. Tokoh yang dimaksudkan ialah Hujjatul Islam-Imam Al-Ghazali. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Bapanya tidak berpelajaran dan bekerja sebagai seorang penenun wool serta mempunyai sebuah kedai di Thus. Walaupun tidak berpelajaran tetapi bapanya amat mementingkan pelajaran terhadap anaknya. Ini dibuktikanapabila sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya telah mewasiatkan al-Ghazali dan saudaranya Ahmad kepada seorang ahli sufi untuk dijaga dan diberikan ilmu sehingga habis harta peniggalan bapanya. Tidak lama kemudian bapanya meniggal dunia dan tinggallah mereka berdua bersama ahli sufi. Setelah abis harta peniggalan bapanya ahli sufi meminta al-Ghazali untuk ke sekolah supaya keperluan mereka terjaga kerana ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk menyara mereka. Mereka akur dengan permintaan ahli sufi dan ddenagan sebab inilah mereka mendapat kebahagian dan diangkat darjat mereka. Sejak kecil lagi al-Ghazali telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru. Pelbagai cabang ilmu telah diterokai dan dikuasai sehingga menjadikan beliau seorang yang amat dihormati dan disegani. Ditengah-tengah zaman kegemilangannya berlaku satu peristiwa yang menyebabkan al-Ghazali terpaksa meninggalkan kariernya kerana kehilangan kata-kata. Setelah berlaku peristiwa tersebut, al-Ghazali telah berhijrah ke Mekah. Di sana beliau telah ber’uzlah dan berkhalwah selama sepuluh tahun. . Setelah sepuluh tahun ber’uzlah beliau diminta dan menerima desakan daripada para wali untuk keluar mengajar. Dengan niat yang berbeza daripada sebelumnya dan hanya kerana Allah Ta’ala beliau keluar mengajar dan bertekad memperbaiki diri sendiri dan orang lain. Beliau hanya sempat mengajar dalam masa yang singkat. Tidak lama kemudian beliau telah meniggal dunia di Thus tempat kelahiran beliau pada tahun 505 Hijrah. Al-Ghazali banyak memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah mempelajari pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam, ilmu falsafah, ilmu tasawwuf dan ilmu fiqh. Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab hasil daripada pelbagai cabang ilmu yang beliau pelajari. Kitab yang paling popular ialah kitab Ihya’ Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama. Kesimpulan yang dapat saya buat hasil kajian terhadap riwayat hidup Imam Al-Ghazali dan sumbangannya dalam Islam ialah beliau seorang tokoh yang tidak ada pengganti pada masa kini. Saya amat kagum dan hormat kepada Imam Al-Ghazali atas kejayaan beliau dalam hidup. 

PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah, tuhan yang mencipta sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S. A. W, rahmat sekalian alam serta atas keluarga dan para sahabat baginda sekaliannya. Bersyukur saya kehadrat Allah kerana member peluang kepada saya untuk mengkaji serba- sedikit tentang riwayat hidup seorang tokoh ilmuan Islam yang amat disegani bukan hanya pada zaman kegemilangan beliau bahkan hingga ke hari ini serta sumbangan beliau dalam tamadun Islam. Tokoh yang dimaksudkan ialah Imam Al-Ghazali-Hujjatul Islam dan Pembaru Kurun ke-5(450-505 Hijrah). Imam Al-Ghazali merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat dikagumi dan disegani kerana beliau dapat menguasai pelbagai cabang ilmu seperti ilmu kalam , ilmu fiqh, ilmu tasawwuf serta diakhir kehidupan beliau sempat menekankan pengajian hadith Nabi S. A. W. Peninggalan beliau bukanlah harat bertimbun yang menjadi rebutan, tetapi peninggalan beliau merupakan khazanah ilmu yang tidak dapat dinilai dengan sebarang material sekalipun. Imam Al-Ghazali juga telah mengarang banyak kitab dalam pelbagai ilmu yang dikuasainya seperti kitab dalam ilmu teologi, ilmu tasawwuf , ilmu falsafah, Ilmu fiqh dan ilmu logika. Kitab yang paling terkenal hingga ke hari ini hasil karangan beliau ialah Kitab Ihya Ulumuddin yang mengisahkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama. Imam Al-Ghazali bukan hanya menceburi diri dalam dalam bidang penulisan bahkan beliau merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat bijak, benar pandangannya, mempunyai fitrah yang amat menakjubkan, mempunyai ingatan yang kuat, pandangan yang mendalam dan kebolehan menyelami makna-makna yang terperinci. Beliau hanya mengambil masa yang singkat untuk menyelesaikan pendidikannya. Beliau merupakan tokoh ilmuan yang perlu di contohi oleh masyarakat zaman sekarang. 

RIWAYAT HIDUP IMAM AL-GHAZALI
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad At-Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Thus pada tahun 450 Hijrah(1058M). Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Bapanya seorang yang tidak berpelajaran dan bekerja sebagai penenun wool dan dijual dikedainya di Thus. Sebagai bapa beliau mahu anak-anaknya Berjaya dalam pelajaran. Beliau tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya. Menjelang saat kematian, bapanya telah mewasiatkan Al-Ghazali dan seorang saudaranya iaitu ahmad kepada seorang ahli sufi yang merupakan sahabat beliau. Bapanya juga berpesan kepada ahli sufi supaya menjaga dan memberi pendidikan sehingga habis harta peninggalannya nanti. ( Ibrahim, 1985:1)
Setelah bapanya meninggal dunia Al-Ghazali dan Ahmad pun tinggallah bersama ahli sufi. Ketika bapanya meninggal dunia A-Ghazali masih kecil lagi. Ahli sufi tersebut telah menjaga dan mengajar kedua-duanya sehingga habis harta peninggalan bapa Al-Ghazali. Setelah habis harta peninggalan ahli sufi sudah tidak mampu lagi untuk membiayai mereka berdua, lalu beliau meminta mereka untuk menuntut di sekolah supaya keperluan peribadi mereka terjaga. Al-Ghazali akur dengan permintaan ahli sufi dan dengan sebab itulah yang membawa kepada kebahagiaan dan ketinggian darjat mereka berdua. (Ibrahim, 1985:1)
Sejak kecil lagi Al-Ghazalli telah merantau ke serata tempat untuk mempelajari pelbagai ilmu daripada ramai guru. Pertamanya, di negeri Thus beliau telah mempelajari beberapa tajuk daripada ilmu-fiqh dengan Imam Al-Radzakani, kemudian beliau ke Jurjan untuk belajar dengan Imam Al-Abi Nash Al-Isma’ili. Selepas itu beliau kembali semula ke Thus. kemudian Al-Ghazali dating ke ‘Nisabur’ dantelah mendekati Imam Al-Haramain Abu Ma’ali Al-Juwaini(419-478 Hijrah). Beliau telah belajar bersungguh-sungguh dan berijtihad sehingga mahir alam mazhab(Syafi’i), persselisishan, debat, usuluddin, usul fiqh, mantiq, membaca hikmah dan falsafah. Beliau juga menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari dengan susunan yang baik. (Ghazali, 2002:2)

Setelah Imam Al-Haramain wafat pada tahun 478 Hijrah, Al-Ghazali dipanggil oleh Nizam Al-Mulk seorang wazir Sultan Saljuk Turki yang menguasai Khalifah Abbasiah di Baghdad. Di sini merupakan tempat pendebatan ilmu dan beliau telah menonjolkan dirinya dengan mengalahkan lawannya sehingga beliau telah terkenal di seluruh daerah. Nizam al-Mulk sanagt tertarik denga kebolehan Imam Al-Ghazali lalu beliau telah melantik Imam Al-ghazali sebagai professor kanan di Universiti Nizamiyyah di Baghdad. Orang ramai sanagat kagum denagan keindahan perkataannya, kefasihan lidahnya, huraian yang terperinci dan isyarat-isyarat yang halus. Kehormayan dan kedudukannya semakin tinggi di Baghdad sehingga beliau telah mengalahkan pemimpin-pemimpin(umara’), kedudukan pembesar-pembesar ulama’ dan darul khilafah. Walaupun begitu, beliau tidak pernah berhenti menuntut ilmu. (Ghazali, 2002:4)
Pada bulan Rejab tahun 488 Hijrah, telah berlaku peristiwa yang menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan tugasnya dimana beliau tidak mampu lagi mengajar kerana kehilangan kata-kata. Setelah beliau bermuhasabah beliua mendapati bahawa niat dalam pengajaran dan beliau dapati beliau tidak ikhlas kerana Allah Ta’ala, bahkan faktor dan penggerak utamannya ialah mengejar kemewahan serta menyebarkan nama baik beliau. setelah itu beliau bermujahadah kepada Allah agar dipulihkan dirinya supaya beliau mampu kembali mengajar pada suatu hari nanti untuk membaiki hati-hati manusia. (Ibrahim, 1985:5)
Disebabkan peristiwa itu, beliau telah meninggalkan Baghdad pada bulan Zulkaedah pada tahun 488 Hijrah dan telah menunaikan haji di Mekah. Disana beliau telah menetap selama sepuluh tahun dan sebahagian waktunya di Baitul Maqdis. Kebanyakan waktu beliau digunakan untuk ber’uzlah , khalwah dan bermujahadah diri. Beliau juga mensucikan dan menjernihkan hatinya dengan berzikir kepada Allah Ta’ala dan beliau beriktikaf di menara masjid Damsyik setiap hari. Selepas sepuluh tahun ber’uzlah Imam Al-Ghazali telah kembali ke negerinya iaitu Thus untuk meneruskan ‘uzlahnya. Pada bulan Zulkaedah tahun 499 Hijrah(1106M) beliau telah kembali mengajar di Madrasah An-Nazzamiyyah atas desakan para wali dan permintaan yang telah memasang azam, tekad dan niat untuk mengajari semata-mata kerana Allah dengan tekad memperbaiki dirinya sendiri dan orang lain. Beliau menatap dan mengajar di Nisabur dalam jangka masa yang singkat. Setelah itu beliau kembali ke rumahnya di Thus dan meninggal dunia di Thus pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah (18 Disember 1111M). (Ibrahim, 1985:6)

SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI
AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM
Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam ilmu Kalam. Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, Al-Ghazali banyak mematahkan hujah-hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul daripada perbincangan ilmu Kalam. Ilmu kalam sudah pun berkembang dengan baik bagi mempertahankan dan membela akidah ahli as-Sunnah sebagaimana yang terdapat dalam al-Irsyad iaitu salah satu kitab karangan Imam al-Haramain guru Imam Al-Ghazali. 
Pernah disebut dalam sejarah, Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis perdebatan berkaitan ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seperti itu, beliau hanya berdebat berdebat dengan menggunakan metadologi Rasullah dan para sahabat. beliau berpendapat perdebatan yang berasaskan kepada hujah akal tanpa berpaksikan kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan As-Sunnah hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat ketika itu. (Ibrahim, 1985:17)
Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ketika membincangkan berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan ilmu Kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap sesiapa yang keterlaluan membicangkan isu-isu yang berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah adalah termasuk dalam golongan orang yang melakukan bid’ah di dalam Islam. Beliau megatakan ilmu kalam tidak bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab iaitu pertamanya ilmu ini tersimpang jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah. Keduanya, perbincangan ahli ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama’ salaf. Di antara kitab-kitab yang dikarang tidak ada satu pun yang beliau benar-benar menolak terhadap ilmu ini, malah dalam al-Munqidh beliau ada mengatakan”aku sendiri juga ada mengarang kitab-kitab mengenai ilmu Kalam ini dengan kehendakku. Aku dapati ilmu Klam ini dapat memenuhi tujuannya tetapi tidak dapat memenuhi tujuanku”. (Ghazali, 2002:10)

AL-GHAZALI DAN ILMU FALSAFAH
Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab untuk membela agama Allah beliau telah mempelajari ilmu falsafah dengan semangat dan ketekunan yang tinggi. Imam Al-Ghazali menyedari bahawa musuh-musuh islam menggunakan ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan umat Islam, beliau pun bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut. Beliau telah mengkaji penulasan-penulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah secara individu tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal kerana beliau sibok mengajar ilmu-ilmu agama. (Ibrahim, 1985:22)
Al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam bidang ini khususnya meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Al-Ghazali telah membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga golongan. Pertama, golongan atheis iaitu golongan yang mengingkari kewujudan pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah natural iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa tidak akan dihidupkan selepas mati dan mereka menafikan adanya hari akhirat. Golongan ketiga pula golongan theologi yang terdiri daripada ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan sepeerti Plato, Aristotle dan Sukratus. Mereka membahaskan perkara-perkara yang berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal. Ilmu falsafah terbahagi kepada enam iaitu Matematik, Logik, Fizik, Metafizik, Politik dan etikaAntara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah Maqasid Al-Falasifah, Al-Munqiz Min Aldhalal dan Tahafuut Al-Falasifah. (Ibrahim, 1985:26)

AL-GHAZALI DAN ILMU TASAWWUF
Apabila melibatkan diri menjadi sebahagian daeipada ahli sufi, beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada perkara-perkara khurafat dan daripada perkara yang terkeluar daripada pengamalan agama Islam yang sebenar. Dalam bidang tasawwuf Al-Ghazali mempunyai guru antara yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Muhasibin. Apabila Al-Ghazali mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawwuf beliau akan melemparkan kritikan yang membina yang bertujuan untuk membetulkan kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam. (Ghazali, 2002:30)
Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab Ihya’ Ulumuddin. Kitab ini telah membincangkan tentang kebangkitan ilmu-ilmu agama dan merupakan kitab yang terkenal hasil karangan beliau hingga ke hari ini. Kitab ini telah diterjemahkan le dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi sumber rujukan para ulama’ di rantau alam Melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini ialah kerana kesedarannya yang amat tinggi terhadap penyelewgan teori dan konsep fiqh serta tasawwuf ialah dengan merujuk kepada sumber primer iaitu al-Quran dan Sunnah. Kemudian para sahabat dan tabi’in. Setelah merujuk kepada sumber primer ddan sekunder barulah Al-Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya. (Ibrahim, 1985:55)
Kehadiran kitab Ihya’ Ulumuddin member implikasi besar dalam pengajian tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana Al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan bid’ah. 

KESIMPULAN
Setelah mengkaji dan mengetahui tenyang Imam Al-Ghazali, saya berasa amat kagum dengan ketokohan Imam Al-Ghazali sebagai Hujjatul Islam dan Pembaru dalam kurun ke-5. Ternyata tiada siapa yang mampu untuk mengatasi beliau dari sudut ilmu dan pengalaman pada zaman itu. Telah dinyatakan sebelum ini beliau bukanlah seorang penuntut ilmu yang hanya mampu mempelajari sesuatu ilmu daripada guru kemudian menulis dan menghafalnya sahaja, bahkan beliau telah pergi jauh sehingga mampu untuk mencungkil dan mengorek segala permasalahan dan segala kepincangandalam sesuatu bidang ilmu itu. Selain itu, apabila Al-Ghazali mendalami sesuatu bidang pengetahuan sudah pasti belilau menjadi seorang yang menguasai bidang tersebut dengan izin Allah mengatasi cerdik pandai yang telah lama berada dalam bidang tersebut. Ini dapat dibuktikan dalam dibuktikan dalam setiap ilmu yang diceburinya sentiasa ada pemikiran-pemikiran baru yang bersifat pembaharuan atau pengembangan konsep yang dikemukan oleh ilmuan yang terdahulu sebelumnya. Sekiranya baliau masih ada pada zaman ini, beliau pasti menjadiseorang tokoh ilmuan yang sangat hebat dari sudut ilmu dan pengalaman. Dengan kecanggihan ilmu teknologi dan komunikasi serta pemerolehan maklumat tanpa sempadan kini pasti akan digunakan sepenuhnya oleh beliau umtuk menggali segala ilmu dan pengetahuan tanpa terhenti dalam satu bidang sahaja sebagaimana yang ada pada tokoh ilmuan masa kini. Tidak mustahil dengan kecanggihan ilmu yang ada, beliau mampu menulis lebih banyak buku hasil gabungan pengajian Islam dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, social, politik, hubungan antarabangsa, geografi, sains dan bidang-bidang lain. Pada zaman teknologi sekarang susah untuk kita menemui tokoh ilmuan yang sama seperti Imam Al-Ghazali. Beliau telah memberi sumbangan yang amat besar dalam agama Islam. Begitu banyak pengorbanan yang telah beliau lakukan kepada umat Islam pada zaman beliau tetapi masih boleh digunakan sehingga sekarang. Kata Al-Alif As-Syadzali:”Aku pernah melihat Rasullah SAW dalam mimpi, beliau membaggakan Al-Ghazali kepada Nabi Isa dan Nabi Musa. Beliau bersabda:”Apakah di kalangan kamu berdua ada orang seperti Ghazali?”. Nabi Isa dan Musa menjawab:”Tidak ada”. Sebagai umat nabi Muhammad kita juga patut berbangga dengan Imam Al-Ghazali kerana mempunyai tokoh ilmuan seperti beliau.

RIWAYAT HIDUP IBNU SINA DAN SUMBANGANNYA DALAM TAMADUN ISLAM



DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAHIRA BINTI ISMAIL
2009211392

ABSTRAK
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. Secara keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah. Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti Ibnu Sina. 

PENDAHULUAN:
Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan. 
Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat meminati ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.

Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya. 
Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doktor” dan “raja ubat”. Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku. 
Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina dinyatakan bahawa “darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak pernah berhenti”. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18 Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasa’il, iaitu tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-Insyarah wa al-Tanbihat, tentang ketuhanan serta kemurnian hidup; dan Risalah al ‘Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan. 
Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau meneruskan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb. 
Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan ayat al-Quran untuk mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui bahawa alam diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina juga mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan kenabian. Ibnu Sina berpendapat bahawa nabi adalah manusia yang terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima ilham, sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah menjadi pedoman hidup manusia di muka bumi. 
Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama, penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya. 
Kedua, Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. 
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for the Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. 
Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga banyak telah menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasa Ibnu Sina dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina). 
Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan. Kehilangan Ibnu Sina merupakan kehilangan yang sangat besar kepada umat Islam terutama dari segi ilmu perubatan. 

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. 
Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti matematik, falsafah dan agama. 
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Thursday 18 April 2013

MAKLUMAT PILIHANRAYA KE 13



MAKLUMAT PILIHANRAYA BOLEH LAYARI WEB SPR DENGAN KLIK PAUTAN 
DI BAWAH