KATA-KATA ALLAH (KALAMULLAH)

Tuesday, 21 May 2013

Rukun Solat


Rukun solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terdiri daripada beberapa bahagian. Kategori itu ialah rukun qalbifi'li dan qauli.
Kategori rukun
·      Rukun qalbi يبلق - iaitu berasal daripada perkataan بلق - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
·      Rukun fi'li يلعف - iaitu berasal daripada perkataan لعف - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
·      Rukun qauli يلوق - iaitu berasal daripada perkataan لوق - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.
Rukun-rukun

Niat
Niat dalam solat merupakan rukun qalbi tetapi turut termasuk dalam rukun fi'li (lihat Takbiratul ihram). Niat solat mempunyai tiga bahagian yang disyaratkan dalam solat fardhu tetapi hanya dua sahaja bagi solat sunat manakala untuk solat sunat mutlak (tiada sebab dan bila-bila masa), hanya satu daripadanya disyaratkan.

Bahagian niat mempunyai tiga bahagian iaitu:
1. Qasad ( دصق ) - Menyengajakan solat
2. Ta'ridh ( ضرعت ) - Menyengajakan fardhu
3. Ta'yiin ( نييعت ) - Menyengajakan waktu

Untuk melihat bahagian-bahagian yang diaplikasikan dalam niat solat, berikut adalah contoh:

Solat fardhu:

ىلعت هلل ءادأ رهظلا ضرف ىلصا
Sahaja aku solat fardhu Zuhur tunai kerana Allah Ta'ala
Solat sunat:

ىلعت هلل نيتعكر ىحضلا ةنس ىلصا
Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Solat sunat mutlak:

ىلعت هلل نيتعكر ةنس ىلصا
Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Berdiri betul

Berdiri betul atay berdiri tegak adalah diwajibkan dalam solat bagi mereka yang berupaya untuk beridir tegak. Bagi yang tidak upaya, rukhsah atau kelonggaran diberikan untuk mereka sama ada untuk solat dalam keadaan duduk (hanya jika tidak mampu berdiri), mengiring pada rusuk kanan sambil mengadap kiblat (hanya jika tidak mampu berdiri dan duduk), atau jika tidak mampu berdiri, duduk mahupun mengiring, orang yang ingin mengerjakan solat itu dibenarkan baring menelentang dengan kaki dan perut dihalakan ke kiblat.

Syarat bagi rukun ini hendaklah ditegakkan tulang belakangnya dan tidak bleh bongkok ke depan atau ke belakang (jika mampu).

Takbiratul ihram

Takbiratul ihram ( مارحلإا ةريبكت ) ialah perbuatan yang menyempadani solat dengan perlakuan di luar solat. Takbiratul ihram menandakan bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun terakhir iaitu salam nanti. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana sebutan takbir iaitu Allahu Akbar ربكأ هللا ) adalah wajib bagi mereka yang boleh menuturkannya. Bagi mereka yang tidak boleh menuturkannya ataupun tidak dapat mempelajarinya, dia diharuskan untuk menyebutnya dengan terjemahan dalam bahasa yang lain. Rukun ini diwajibkan untuk disertai dengan niatnya dan disunatkan untuk mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras bahu. Muqaranah ( هنراقم ) atau penyertaan niat takbiratul ihram mempunyai dua bahagian iaitu:

·      Muqaranah Urfiyyah هيفرع هنراقم ) - Menyertai niat kepada sebahagian daripada takbiratul ihram iaitu berniat ketika mula ataupun akhir bahagian takbiratul ihram
·      Muqaranah Haqiqah ةقيقح هنراقم ) - Menyertai niat kepada keseluruhan takbiratul ihram iaitu berniat dari mula sehingga akhir takbiratul ihram

Bagi kebanyakan orang awam, adalah lebih mudah mengerjakan muqaranah urfiyyahkerana muqaranah haqiqah mudah dihinggapi rasa syak atau was-was kerana penyertaan niat mengambil masa keseluruhan takbiratul ihram itu. Adalah disunatkan untuk membaca doa iftitah atau tawajjuh selepas takbiratul ihram.

Di namakan Takbiratul Ihram kerana dengan melakukannya, kita mengharamkan ke atas diri kita perlakuan yang akan membatalkan solat. Sebagai contoh, pada kebiasaannya bercakap sesame manusia adalah halal. Akan tetapi, bercakap dalam solat akan membatalkan solat. Maka,apabila kita membuat Takbiratul Ihram sebagai tanda memulakan solat, bercakap adalah satu halangan untuk kita selagi mana kita masih mengerjakan solat. Seperti dalam Haji, apabila kita memakai Ihram, kita diharamkan melakukan beberapa perkara yang pada kebiasaannya adalah halal bagi kita.

Membaca Surah al-Fatihah

Dalam solat, Surah Al-Fatihah merupakan satu-satunya surah yang diwajibkan. Surah ini wajib dibaca pada setiap rakaat dan bacaannya hendaklah tertib mengikut susunan ayat yang betul dan hendaklah dijaga tajwidnya. Bacaan basmalah diwajibkan kerana ayat itu juga sebahagian daripada surah berbanding isti'azah yang tidak diwajibkan. Setiap ayat surah ini wajib dibaca secara berturutan dan tidak diselangi oleh apa-apa perbuatan ataupun ayat yang lain mahupun diam yang agak lama yang cukup untuk memutuskan bacaan al-Fatihah itu.

Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak berupaya untuk membacanya dengan sempurna kerana baru memeluk agama Islam, maka hendaklah dia membaca tujub ayat Quran yang berturutan atau tujuh ayat yang tidak berturutan (atau berasingan) yang tidak kurang bilangan huruf dalam al-Fatihah. Jika masih tidak mampu membaca mana-mana ayat Quran, dia dikehendaki membaca zikir yang sama bilangan hurufnya dengan huruf Fatihah. Jika masih tidak mampu, hendaklah sekadar diam pada jarak masa bacaan Fatihah itu sendiri.

Bilangan ayat dalam surah al-Fatihah ialah tujuh ayat yang kesemuanya mempunyai dua puluh lima perkataan bersama bilangan huruf sebanyak 156 huruf. Maka, zikir yang diriwayatkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. digunakan bagi menggantikan bacaan untuk orang yang tidak berupaya atau tidak tahu membaca ayat Quran.

نكي مل ءاشي ملامو − ناك للها ءاشام − للهاب لاإ ةوق لاو لاوحلاو − ربكأ للهاو − للها لاإ هلإ لاو − لله دمحلاو − للها ناحبس

Subhanallah - Walhamdulillah - Wa la ilaha illallah - Wallahu akbar - Wa la haula wala quwata illa billah - Ma sya Allahu kana - Wa maa lam yashaa u lam yakun

Ayat tersebut hendaklah dibaca dua kali untuk menyamai bilangan huruf surah al-Fatihah.
Ruku’

Perbuatan ruku’ adalah membongkok ke hadapan dengan sekurang-kurangnya hingga tapak tangannya mencapai ke lutut. Ruku’ yang sempurna ialah menyamakan belakangnya dan tengkuknya pada satu garis lurus dan meluruskan kakinya (iaitu betis dan peha) dan memegang kedua lututnya dengan menjarangkan antara jari-jari tangan. Bagi mereka yang solat secara duduk, memadai Ruku’ itu dengan membongkok ke hadapan hingga dahinya selari dengan kepala lututnya. Untuk lebih sempurna bagi solat duduk, Ruku’nya adalah membongkok ke hadapan hingga dahinya selari dengan tempat sujud.

Ruku’ adalah salah satu rukun yang disertakan dengan tama'ninah. Tama'ninah dalam Ruku’ adalah dalam keadaan tetap semua anggota badannya hingga cukup masa untuk membezakan perlakuan membongkok dan bangun daripadanya.

I'tidal

I'tidal adalah kembali daripada keadaan Ruku’ kepada berdiri tegak iaitu keadaan asal ketika solat. Jika keadaan asalnya ialah duduk menegak, maka hendaklah orang itu kembali duduk menegak. Tama'ninah turut disertakan dalam perbuatan i'tidal. Maka, untuk melengkapkan i'tidal, hendaklah tama'ninah dengan menetapkan anggota badan pada keadaan sebelum Ruku’ dalam masa yang cukup untuk membezakan keadaan selepas bangun dari Ruku’ sebelum turun untuk sujud.

Sujud

Sujud adalah satu perbuatan yang amat menunjukkan kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. Setiap rakaat (atau satu Ruku’) adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.
Sujud adalah memadai dengan sekurang-kurangnya bersentuhan dahi dengan tempat solat. Lebih elok atau lengkap lagi, hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau bersentuhan dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan (setiap muka tapak tangan dan jari-jarinya), dua lutut dan dua tapak kakinya (iaitu muka hujung jari-jari kakinya). Wajib menekan sedikit dahi di tempat sujud untuk lebih tetap keadannya. Keadaan yang sempurna untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan kedua-dua lutut dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di tempat sujud.

Adalah sunat untuk menghalakan kesemua jari ke arah kiblat Bagi lelaki, disunatkan juga meregangkan kedua lutut dan dua tapak kaki, menjarakkan perut daripada peha dan menjauhkan sedikit siku daripada rusuk. Bagi perempuan pula, sunat untuk merapatkan kedua-dua lutut dan kaki, merapatkan perut dengan peha dan siku ke rusuk.

Wajib tama'ninah pada sujud iaitu tetap seluruh anggota badan dalam keadaan sujud untuk satu jangka masa yang cukup untuk membezakan perbuatan turun dan naik daripada sujud. Sujud itu tidak sah jika sujud di atas tempat yang boleh bergerak jika orang itu bergerak seperti tilam.

Duduk antara dua sujud

Duduk antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud. Tidak sesuai untuk terus berdiri sebelum sujud semula, maka keadaan duduk adalah logik. Adalah sunat untuk duduk iftirasy (iaitu duduk di atas tapak kaki kiri serta menegakkan (atau berdirikan) tapak kaki kanan. Sunat juga meletakkan dua tangan berhampiran lutut serta menjarakkan setiap jari tetapi tidak mengapa untuk meletakkan jari di atas lutut. Perlakuan duduk antara dua sujud ini menjadi makruh jika terlalu lama kerana ia memisahkan perlakuan kedua-dua sujud. Walau bagaimanapun, tama'ninah turut disertakan bagi rukun ini.

Duduk tahiyat akhir

Duduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri. Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Keadaan ini berterusan ketika membaca selawat dan salam.

Membaca tahiyat akhir

Rukun ini dinamakan tahiyyat (penghormatan) atau tasyahud (penyaksian) kerana bacaan yang dilafazkan terdiri daripada keduanya. Berikut adalah bacaan bersama bahagian tahiyat. Bacaan tersebut hendaklah disambung dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad SAW

Selawat kepada nabi dalam tahiyat akhir
Salam

Ucapan atau lafaz salam adalah sebahagian daripada rukun solat. Sekurang-kurangnya, lafaz salam itu ialah assalamualaikum مكيلع مالسلا "- "sejahtera kepada kamu semua") tetapi untuk lebih sempurna, ucapannya ialah assalamualaikum warahmatullah ( - هللا ةمحرو مكبلع مالسلا "sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan"). Adalah disunatkan untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat juga untuk menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi salam yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak disekalikan iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.

Tertib

Tertib adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu memastikan segala perlakuan rukun berada pada turutan yang betul satu demi satu dan yang dahulu didahului serta yang kemudian, dilakukan kemudian.

No comments:

Post a Comment