KATA-KATA ALLAH (KALAMULLAH)

Wednesday 23 January 2013

Solawat ke atas Junjungan Besar Nabi SAW



Pada suatu hari.,ketika Sayyidatuna Aisyah menjahit baju stelah sahur.

Tiba2 jarumnya terjatuh.secara kebetulan lampu tidak dipasang.

Lalu Rasulullah Sallahu'alahi Wassalam. masuk dlm kegelapan.Tetapi wajah Beliau (Rasulullah Sallahu'alaihi Wassalm). bercahaya.hal itu menyebabkan Aisyah bisa melihat jarumnya yg terjatuh.

Kata Sayyidatuna Aisyah:
"Yaa Rasulullah.,alangkah bercahayanya wajahmu..,
Siapa gerangan yg tidak akan melihat wajahmu pada hari kiamat..?"

Rasulullah Sallahu'alaihi Wassalm. menjawab:
"Hanya orang bakhil (pelit) yg tidak akan melihat wajahku di hari kiamat."

Berkata Aisyah:
"Siapa orang bakhil itu Yaa Rasulallah..?"

Rasulullah Sallahu'alaihi Wassalam. menjawab:
"Orang bakhil (pelit) itu ialah orang yg 'Tidak Mengucap Shalawat ke Atasku' apabila mendengar namaku di sebut."

Rasulullah SAW. bersabda:
"Orang yg bakhil adalah orang yg apabila aku disebut.,dia tidak membaca shalawat kepadaku."
(HR.At Tirmidzi)

"Barangsiapa yg membaca shalawat kepadaku sekali.,Maka ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikan balasan shalawat kepadanya 10x."
(HR.Muslim)

"Bacalah shalawat kepadaku.,Sesungguhnya bacaan shalawatmu akan sampai kepadaku."
(HR.Shahih Abu Daud & Ahmad)

*ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala bersama Malaikat-NYA pun bershalawat kepada nabi Muhammad Sallahu'alaihi Wassalam. Di dalam QS.Al-Ahzab:56)

Rasulallah Sallahu'alaihi Wassalam. bersabda:
"Malaikat Jibril.,Mikail.,Israfil.,dan Izrail as. Telah berkata kepadaku..."

*Jibril as. Berkata:
"Wahai Rasulullah.,barangsiapa yg membaca shalawat ke atasmu tiap2 hari sebanyak 10x. Maka akan aku bimbing tanganya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

*Mikail as. Berkata:
"Mereka yg bershalawat ke atasmu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu (yaitu telaga kautsar)."

*Israfil as. Berkata:
"Mereka yg bershalawat kepadamu. Maka aku akan sujud kepada ALLAH Jalla Jalaluh. Dan aku tidak akan mengangkat kepalaku. Sehingga ALLAH Jalla Jalaluh mengampuni orang itu."

*Izrail as. Berkata:
"Bagi mereka yg bershalawat ke atasmu. Akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya. Seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

#Saudaraku jangan tahan lidah dan bibir kita untuk terbiasa bershalawat kepada junjungan kita Sayyidina Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Friday 11 January 2013

“MAULID AL-RASUL SAW”




Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingatikelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.
 Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, saya berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

 
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW 
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Tuesday 8 January 2013

Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup



NABI Ibrahim dijatuhkan hukuman oleh hakim supaya dibakar hidup-hidup kerana memusnahkan patung-patung sembahan mereka.

Semua penduduk Babylon telah dikerahkan mencari kayu api untuk dijadikan unggun api. Unggun api yang besar itu dibina untuk membakar Nabi Ibrahim setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan olehnya.

Semua kayu yang berjaya dipungut telah dikumpulkan di satu kawasan lapang. Kayu-kayu yang dikumpulkan amatlah banyak hingga melepasi ketinggian bangunan yang ada di kawasan itu. Ketinggiannya tidak mampu dijangkau oleh tangan manusia lagi dan memenuhi kawasan yang begitu luas sekali. Kayu-kayu yang dikumpulkan amatlah banyak kerana semua orang tidak kira kecil, besar, tua dan muda semuanya bertungkus lumus mengumpulkan kayu api tersebut.

Apabila kayu api telah banyak, mereka pun mulalah menghidupkan api untuk mencampakkan Nabi Ibrahim. Api marak dengan begitu pantas kerana kayu-kayu yang dikumpulkan itu kering dan berada di kawasan padang pasir yang panas. Bahang kepanasan amat terasa sehingga tidak tertahan oleh kulit manusia.

Tuesday 1 January 2013

Allah Bersifat Iradah


Iradah Allah s.w.t..

http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2009/08/04/allah-bersifat-dgn-iradat

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sifat-sifat_Allah