KATA-KATA ALLAH (KALAMULLAH)

Saturday 20 April 2013

RIWAYAT HIDUP IMAM HANAFI DAN SUMBANGANNNYA



Riwayat Hidup
1.       Nama sebenar beliau ialah Nukman  bin Thabit bin Zuti berasal dari keturunan Farsi dan datuknya berasal dari Kabul, Afghanistan.
2.       Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah/699 Masihi di Bandar Kufah, Iraq semasa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, kerajaan Umaiyah.
3.       Gelaran Abu Hanifah diberikan kemungkinan kerana beliau
a.       Mempunyai seorang anak lelaki bernama Hanifah. Oleh itu Abu Hanifah ialah bapa kepada Hanifah atau,
b.       Rahin beribadat dan berminat dengan agama yang bermaksud hanif atau,
c.        Suka membawa tempat dakwat, bahasa Iraq disebut “Hanifah”.
4.       Beliau sangat berminat belajar dan bekerja seperti meniaga kain, batu ubin, dan sebagainya.
5.       Wafat pada tahun 150 Hijrah/767 Masihi dalam penjara Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, kerajaan Abbasiyah.
6.       Beliau sempat hidup dalam dua kerajaan islam, iaitu kerajaan Umaiyah dan kerajaan Abbasiyah.
7.       Meninggalkan benyak jasa kepada umat islam kerana mempunyai pengikut yang ramai dalam bidang fiqh serta menjadi pegangan mazhab yang besar dan diiktiraf oleh semua umat Islam.
Pendidikan
1.       Pernah belajar dengan ramai para sahabat nabi seperti Anas bin Malik, Abdullah bin Abi Qafi, Wailah bin al-Asqa’, Abu Tufil, Sahal bin Abi Saad, dan lain-lain lagi.
2.       Begitu juga beliau belajar dengan ramai para tabiin dan ulama terkenal pada masa itu. Dinyatakan beliau pernah belajar dengan seramai 200 orang ulama besar terdiri daripada para sahabat, tabiin, dan sebagainya.
3.       Guru yang paling lama beliau belajar ialah dengan al-Imam Hamad bin Sulaiman sehingga wafat gurunya itu pada tahun 120 Hijrah. Beliau menamakan anaknya dengan nama Hamad menunjukkan beliau sangat kasihkan kepada gurunya itu.
4.       Barbagai-bagai bidang ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu al-Quran dan hadis, keduan-duanya dihafaz dengan baik.
5.       Beliau juga mempelajari ilmu sastera serta mahir dalam ilmu usulluddin (aqidah) dan alim dalam ilmu fiqh sehingga beliau menjadi seorang mujtahid.
Sifat peribadi dan kecerdikannya
1.       Imam Hanifah seorang yang berilmu pengetahuan tinggi
2.       Beliau mempunyai jiwa yang bersih dan ikhlas serta tidak mempunyai sifat  yang bermuka-muka
3.       Beliau tidak langsung mempunyai sifat tamak dan mementingkan diri, sentiasa mencari keredhaan Allah dalam sesuatu perkara.
4.        Bercakap dengan lemah lembut, manis bahasanya, mudah difahami oleh semua peringkat.
5.       Kata-kata yang diberikan adalah nasihat ikhlas serta kata-kata hikmah yang tinggi nilainya. Malah beliau tidak suka banyak bercakap, kurang berbual kosong, pendiam, semasa berehat suka bersendirian dan berfikir.
6.       Beliau tidak bakhil, malah seorang yang tidak berbangga dengan kekayaan keluarga yang dimilikinya, dan tidak berasa kehinaan hidup dalam kemiskinan
7.       Beliau seorang penyabar, tenang serta berani menghadapi sesuatu masalah. Mempunyai sifat-sifat terpuji semasa pergaulan seperti amanah, berpegang teguh kepada janji, terutamanya semasa berniaga.
8.       Kekayaan dan keuntungan dari perniagaannya, selalunya setiap tahun dihadiahkan kepada orang tua, orang miskin, ulama, terutamanya ulama hadis dan guru-gurunya sendiri.
9.       Beliau selalu memanggil dan menyebut seseorang dengan nama-nama baik.
10.    Dari sudut keagamaan pula, beliau sangat kuat beribadat, berpuasa pada siang hari dan berjaga pada malamnya. Dikatakan beliau solat subuh dengan menggunakan wuduk solat Isyak hampir empat puluh tahun.
11.    Bertaqwa kepada Allah SWT serta berani menegakkan kebenaran. Beliau sentiasa menjauhkan diri dari orang-orang yang mewah dan kemewahan.
12.    Setiap persoalan agama yang dikemukakan, mana-mana yang diketahuinya sudah pasti akan dijawab dengan jelas sehingga memuaskan hati bagi yang bertanya.
13.     Beliau juga selalu mengucapkan : Wahai Tuhanku hidayahkanlah kaumku kerana meraka tidak tahu, apabila berdepan dengan orang yang suka hasad, dengki dan fitnah.
14.    Beliau sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk kaum muslimin dan keredhaan Allah dan rasul-Nya.
15.    Beliau pernah menolak darjat dan pangkat kerana takut terikat dengan kedudukan itu. Ketegasan beliau dengan kebenaran menjadikan ramai yang suka kepadanya dan ada juga yang benci kepadanya bagi meraka yang suka berpura-pura.
16.    Abu hanifah seorang ulama yang sangat pintar sebagaimana pengakuan yang diberikan oleh Imam syafie dan Imam Malik
Pengakuan dan kenyataan yang diberikan :
Imam Syafie
Tidak mungkin ada perempuan yang dapat melahirkan anak yang lebih cerdik dan cerdas otaknya daripada Abu Hanifah.
Umat islam seluruhnya yang mahir tentang ilmu fiqh adalah keluarga dan anak buah Imam Abu Hanifah.
               
Imam Malik
          Aku pernah bertemu dia, dia seorang lelaki yang bijak. Jikalau ia berkata tiang ini boleh dijadikan emas, nescaya ia dapat memberikan alasannya kerana kebijaksanaannya bercakap.
               
Pengalaman dan Penderitaan
1.       Beliau sempat hidup semasa khalifah Marwan bin Mohammad, iaitu kerajaan terakhir umaiyah dan Khalifah al-Abbas dan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur bagi kerajaan Abbasiyah.
2.       Gabenor Yazid pernah menawarkan jawatan Menteri Kewangan tetapi Imam Abu Hanifah menolak menyebabkan beliau dipenjarakan selama dua minggu.
3.       Beliau juga pernah menolak perlantikan hakim di Bandar Kufah menyebabkan beliau dirotan sebanyak 110 kali. Semasa keluar dari penjara dan masih ada kesan di rotan, beliau berkata rotan ini lebih baik baginya daripada dikenakan cemeti Allah di akhirat nanti.
4.       Khalifah Abu Jaafar pernah juga menawarkan beliau sebagai hakim, tetapi masih menolaknya lalu dipenjarakan dan kemudian dibebaskan.
5.       Khalifah juga pernah juga memujuk ibu Imam Hanifah supaya anaknya menerima tawaran jawatan hakin tersebut. Pada suatu pagi berkatalah ibunya kepada Imam Abu Hanifah : Wahai Nukman, anak bonda yang kukasihi, buang sahajalah dan lemparkan jauh-jauh ilmu-ilmu yang telah engkau dapati itu, kerana tiada lain yang engkau dapatinya, kecuali penjara, pukulan cemati dan rantai-rantai yang membelitmu
Abu Hanifah menjawab dengan lembutnya kepada ibunya yang dikasihi : Oh ibu, jika anakanda hendakkan kemewahan dunia, tentu anakanda tidak dipenjarakan tetapi anakanda mengutamakan keredhaan Allah dan memeliharanya pengetahuan yang telah anakanda dapati, anakanda tidak akan membuang pengetahuan yang selama ini anakanda pelihara daripada kemurkaan Allah
6.       Akhirnya Imam Abu Hanifah diberi racun oleh khalifah kerana tidak tahan dengan sikap penolakannya itu.
7.       Akhirnya, sedarlah Imam Abu Hanifah bahawa beliau tidak berapa lama lagi untuk hidup dan ketika itulah beliau sujud ke hadrat Allah sehingga menghembuskan nafas terakhir.
8.       Wafatlah imam besar yang berjasa ini di suatu tempat yang terasing dari saudara mara, anak isteri dan sahabat handai, dikeliling batu dan pagar besi penjaa, dengan keadaan yang amat memilukan dan menyayatkan hati.
9.       Dengan itu, puaslah hati baginda Amirul Mukminin dan ulama-ulama sekelilingnya dan menangislah kaum Muslimin yang tahu kesucian peribadi imam besar ini.
10.    Peristiwa itu berlaku dalam bulan Rejab tahun 150 Hijrah 767 Masihi di penjara Baghdad dan dimakamkan di perkuburan Hizran.
Sumbangan Imam Abu Hanifah dalam bidang Imu dan Pemikiran Islam
1.       Kebanyakkan ilmu pengetahuan yang diajarkan beliau, dikumpulkan dan dijadikan buku besar oleh murid-muridnya seperti Imam Abu Muhammad bin Hassan dan al-Imam Abu Yusuf. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian :
a.       Masail Wusul
b.       Masail an Nawadir
c.        Masail al-Waqiah
2.       Imam Abu Muhammad bin Hassan kemudiannya menyusun Kitab Al-Mabsut dari Asas bahagian pertama (Masail Wusul) menjadi sebuah kitab besar dalam mazhab Hanafi yang terdiri dari 15 jilid dan 30 Juzuk. Antaranya :
a.       Al-jamik as-Saghir
b.       Al-jamik al-kabir
c.        As-Sairu as-Saghir
d.       As-Sairu al-Kabir
e.        Az-Ziyadat
3.       Asas-asas dalam mazhab Abu Hanifah (Hanafi) :
a.       Al-Kitab (al-Quran)
b.       As-Sunnah (Hadis Rasullullah SAW)
c.        Fatwa al-Sahabat
d.       Ijmak Ulama
e.        Al-Qias
f.        Al-Istihsan
g.        Al-Uruf
Pandangan dan Nasihat Imam Abu Hanifah
1.       Pandangan dan nasihat tentang akhlak dan adab :
a.       Janganlah berdiri di tepi-tepi jalan raya. Duduklah di masjid
b.       Janganlah duduk di premis-premis perniagaan
c.        Janganlah makan dan minum di pasar
d.       Janganlah memakai pakaian sutera kerana membawa kepada kelemahan.
2.       Pandangan dan nasihat tentang sifat peribadi :
a.       Janganlah bakhil atau kedekut kerana perangai ini memalukan
b.       Janganlah tamak haloba dan berdusta, bahkan hendaklah menjaga maruah sepanjang hayat
c.        Pakailah pakaian putih sepanjang masa
d.       Ingatlah selalu kepada mati
e.        Meminta maaf dan keampunan dari guru-guru dan orang yang kamu belajar dan selalulah membaca al-Quran
f.         Selalulah menziarahi kubur, guru dan juga tempat-tempat berkat
g.        Jauhkan diri dari orang yang tidak baik dan campurilah mereka dengan tujuan member nasihat atau menyeru mereka kepada agama islam
h.       Jangan memaki hamun atau mencela orang.
Perkembangan mazhab
1.       Mazhab Hanafi mula tersebar di Kufah dan Iraq
2.       Selepas kewafatan Imam Abu Hanifah, ia mula berkembang di Baghdad dan beberapa buah Negara Islam yang lain
3.       Ramai pengikut mazhab hanafi di Mesir, Syam, Iraq, Khurasan, Turki, Albania, India, Pakistan, China, Azerbaijan, Tabriz, Ahwaz dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment